semalam saya bangun pagi dengan seribu alasan, mungkinkah sebelum tidur saya memikirkan sesuatu yang merunsingkan fikiran hingga paginya saya mengatakan "saya malas nak study lagi, boring nak duk exam" inilah kata-kata orang yang lemah semangat. jangan di ikuti dan di contohi kerna ianya bukan tauladan yang baik.Alhamdulillah mujurlah hati ini pantas menyedari dan membuatkan mindaku berfikir apakah kerasionalannya jika saya menurutkan bisikan hatiku itu.
inilah bicara antara qalbi dan fikri:
kata qalbi,"wahai fikri, sahabatku, mengapa malas belajar apakah kau belajar hanya untuk exam semata-mata atau kerana ALLAH?
kata fikri,"saya belajar kerana ALLAH bukan untuk exam semata-mata". ya, itu saya yakin kerna itulah tujuan saya menuntut ilmu.
sambung qalbi lagi,"tapi kenapa malas belajar, sikit-sikit nak mengeluh dan mudah sangat lemah semangat. Apakah kau lupa tujuan asal dan niat utama untuk belajar?"
"saya...." fikri kematian hujah untuk menjawab persoalan qalbi.
kata qalbi lagi" apakah kau masih ingat apa tanggungjawab yang ALLAH telah berikan padamu? ALLAH telah menjadikan kau antara khalifah dimuka bumi ini, untuk saling berpesan-pesan dan saling ingat mengingati antara satu sama lain. bukankah sekarang kau adalah orang-orang yang terpilih oleh ALLAH untuk menjadi murabi dan menyebarkan ilmunya. Masih ingat apa janjimu padaNYA? kau kata ingin menjadi murabi yang melahirkan para da'ie serta menyebarkan ilmu ALLAH kerana kau yakin tiada siapa yang kurang cerdik cuma sedikit alpa dan kekurangan yang sememangnya ada pada diri seseorang itu. ya sohabati, limaza anti tansa wa yaksal? apakah kau mahu memungkiri janjimu pada ALLAH? tidakkah kau takut ALLAH kecewa dengan dirimu?
Fikri terdiam. Air panas mula mengalir tak henti-henti dari kolam mataya.
qalbi meneruskan hujahnya," fikri budak baik, fikri tak nak tengok family, mama dan ayah fikri kecewakan? bagaimana pula dengan DIA yang banyak menolong fikri tatkala susah dan senang tanpa meminta apa-apa pun balasan malah sering memberi walaupun sering kali menyakitinya, adakah fikri fikir tentang itu?
fikri,"mengapa aku tidak berfikir tentangnya, bisa sahaja aku melupakan niat asalku hingga hadir rasa malas yang menguasai qalbi. Ya ALLAH ampunkan segala kekilafanku, aku ini hambamu yang lemah muda alpa, berikanlah petunjuk dan kekuatan padaku. amin
qalbi tersenyum. merasa puas setelah memberikan hujah-hujah yang bisa menyedarkan fikri.
setelah itu, barulah saya sedar rupanya bisikan yang saya sedar itu adalah nafsu yang sering memujuk diri untuk membuat keburukan. Alhamdulillah syukrillah.ALLa masih menyayangi diri ini dengan mengingati diri ini akan niat yang sebenar, seperti dalam hadis Rasulullah s.a.w: innamal a'malu bin niaat ( setiap perbuatan itu bermu dengan niat) jika niat kita bersih dan baik semua penyakit hati insyaALLAH dapat di tepis.
Allah itu maha penyayang, andai kita lemah carilah Allah, andai kita jatuh dan tak mampu untuk berdiri lagi carilah Allah. Allah sentiasa ada di sisi kita hingga ke akhirnya.
ALLAHU AKBAR!!!

No comments:
Post a Comment