Friday, 20 May 2011

ApA SaLaH CiNtA?


                                        


KENAPA MESTI MENCINTAI SESEORANG ITU DENGAN SEPENUH HATI ANDAI HAKIKATNYA DIA BUKAN TERCIPTA UNTUK DIRIMU, MENGAPA HARUS MEMBENCI SESORANG ITU DENGAN SEPENUH HATI SEDANGKAN DIRIMU TIADA HAQ UNTUK MEMBENCI DIRINYA.. CUKUPLAH BERSIFAT DENGAN SIFAT QANAAH DALAM APA JUA PERBUATAN.. TIADA YG MENYAKITI DAN DISAKITI..

SETIAP HATI YANG DI PENUHI DENGAN CINTA DAN KASIH SAYANG PASTI AKAN DI UJI, BUKAN UNTUK MENYAKITI ATAU MELUKAI TETAPI DENGAN CARA YANG SEDEMIKIAN BARULAH KITA MENGERTI ADAKAH CINTA YANG DI BERI SEIKHLAS HATI BUKANNYA PERMAINAN DALAM KEHIDUPAN YANG REALITI.

KADANG KITA MENGELUH MENGAPA ORANG YANG KITA SAYANGI DAN CINTAI PERGI MENINGGALKAN KITA, MUNGKIN DALAM PERPISAHAN YANG SEMENTARA MUNGKIN JUGA UNTUK SELAMANYA. INI KERANA KITA HANYA INSAN BIASA HANYA MENUMPANG KASIH YANG DI BERIKAN OLEH SANG MAHA PENCINTA UNTUK KITA MENGASIHI HAMBANYA. 

JANGANLAH SEDIH WAHAI HATI, CINTA INSANI YANG SELAMA INI KITA AGUNG-AGUNGKAN BUKANLAH CINTA HAKIKI TETAPI HANYA MAJAZI YANG BERSIFAT SEMENTARA CUMA. BISA BERUBAH BAK AIR DI KALI BISA BERALIH ARAH BAK ANGIN YANG TAK TENTU ARAHNYA. KADANG PASANG KADANG SURUT, KADANG LEMBUT BAK SEPOI-SEPOI BAHASA TETAPI TANPA DIDUGA MENJADI RIBUT TAUFAN YANG SUKAR DIKETAHUI BILAKAH IA DATANG MELANDA.

TERKADANG KERANA CINTA, KITA BISA JADI GILA. PERCAYA ATAU TIDAK ITULAH REALITINYA. ADA YANG SANGGUP BUAT APA SAHAJA DEMI CINTA WALAUPUN MENGORBANKAN DIRI, HATI DAN KEBAHAGIAAN MEREKA. TIDAK SANGKA BEGITU BESARNYA KUASA CINTA. TIDAK TERCAPAI OLEH AKAL APA YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH VIRUS CINTA. 

PERNAHKAH KITA BERFIKIR, KITA SERING MENYALAHKAN CINTA BILA SUDAH TERLUKA, MENYALAHKAN CINTA BILA BERLAKU BENCANA. SEDANGKAN CINTA TIDAK PERNAH MELAKUKAN APA-APA IANYA HANYA HADIR TANPA DI PINTA TETAPI MENINGGALKAN KESAN YANG MENDALAM DALAM HATI JIWA INSANI. CINTA TIDAK BERSALAH TETAPI ORANG YANG MEMPRAKTIKKAN DAN MENGGUNAKAN CINTA ITU YANG SALAH. MENGGUNAKAN CINTA UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI SEMATA-MATA UNTUK MEMUASKAN NAFSU SERAKA, WAEMA CINTA ITU PADA FITRAHNYA ADALAH SUCI KERANA IA DATANG DARI YANG MAHA ESA. 

CINTAKAN HARTA, HARTAKAN HILANG, CINTAKAN BUNGA, BUNGA AKAN LAYU, CINTAKAN INSANI,IA AKAN DITINGGALKAN PERGI, CINTAILAH ILAHI, IANYA AKAN KEKAL ABADI.. 

Wahai Adam, Pemimpinku....






Adam...
Kalau kami tidak membalas salammu, kami dikatakan sombong,
Kalau kami diam apabila ditanya, dikata berlagak pula,
Kalau kami tidak senyum kepadamu, dipanggil poyo,
Kalau kami tidak membalas smsmu, dikatakan kerek.

Adam...
Perempuan bagaimanakah yang engkau mahu jadikan isteri?
Adakah seorang perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelaki?
Atau perempuan yang melunakkan suara apabila bersuara?
Serta perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua?

Ataupun...
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefonnya,
Tidak hirau sekeliling semata-mata meluangkan masa untuk bersms denganmu?
Begitukah calonmu wahai Adam?

Ketahui wahai Adam,
Sesungguhnya, perempuan itu manja,
Suka dibelai, Suka dikasih,

Namun, Adam...
Tahukah kamu apa erti batas pergaulan?
Janganlah sewenang-wenangnya engkau memanggil kami sombong, berlagak, poyo atau kerek.

Kerana...
Kami begitu untuk menjaga aib kamu,
Membantu kamu menghindari diri dari belengu dosa,
Menjauh dari kehinaan,
Kerana kami merupakan fitnah dunia,
Fitnah bagi kamu.

Adam...
Kami ini insan yang lemah,
Janganlah kau cemar iman kami,
Janganlah kau rosakkan mujahadah kami,
Janganlah kau kotori kasih dan cinta kami pada Ilahi,
Kerana kami sedang berperang melawan nafsu,
Sedaya upaya menahan diri daripada godaanmu.

Adam...
Andai kau kasih dan sayang pada kami,
Andai kau mahu membela nasib kami,
Andai kau mahu perempuan solehah menjadi suri dalam taman hati,
Ibu kepada bakal pejuang agama,
Doalah buat kami,
Doalah jua buat dirimu,
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan kami...
Kerana Adam adalah pembela kami.   

BiCaRa qAlbI.. jAwAb fIkRi..

Alhamdulillah, saya masih dapat bangun pagi melihat dunia dan masih mampu bernafas lagi. masih boleh berdiri dan di berikan kesihatan untuk melakukan ibadat ternyata ALLAH masih memberi peluang padaku untuk bertaubat dan mencari cinta yang hakiki. Uhibbullah.

semalam saya bangun pagi dengan seribu alasan, mungkinkah sebelum tidur saya memikirkan sesuatu yang merunsingkan fikiran hingga paginya saya mengatakan "saya malas nak study lagi, boring nak duk exam" inilah kata-kata orang yang lemah semangat. jangan di ikuti dan di contohi kerna ianya bukan tauladan yang baik.Alhamdulillah mujurlah hati ini pantas menyedari dan membuatkan mindaku berfikir apakah kerasionalannya jika saya menurutkan bisikan hatiku itu.



inilah bicara antara qalbi dan fikri:

kata qalbi,"wahai fikri, sahabatku, mengapa malas belajar apakah kau belajar hanya untuk exam semata-mata atau kerana ALLAH? 

kata fikri,"saya belajar kerana ALLAH bukan untuk exam semata-mata". ya, itu saya yakin kerna itulah tujuan saya menuntut ilmu.

sambung qalbi lagi,"tapi kenapa malas belajar, sikit-sikit nak mengeluh dan mudah sangat lemah semangat. Apakah kau lupa tujuan asal dan niat utama untuk belajar?" 

"saya...." fikri kematian hujah untuk menjawab persoalan qalbi.

kata qalbi lagi" apakah kau masih ingat apa tanggungjawab yang ALLAH telah berikan padamu? ALLAH telah menjadikan kau antara khalifah dimuka bumi ini, untuk saling berpesan-pesan dan saling ingat mengingati antara satu sama lain. bukankah sekarang kau adalah orang-orang yang terpilih oleh ALLAH untuk menjadi murabi dan menyebarkan ilmunya. Masih ingat apa janjimu padaNYA? kau kata ingin menjadi murabi yang melahirkan para da'ie serta menyebarkan ilmu ALLAH kerana kau yakin tiada siapa yang kurang cerdik cuma sedikit alpa dan kekurangan yang sememangnya ada pada diri seseorang itu. ya sohabati, limaza anti tansa wa yaksal? apakah kau mahu memungkiri janjimu pada ALLAH? tidakkah kau takut ALLAH kecewa dengan dirimu?

Fikri terdiam. Air panas mula mengalir tak henti-henti dari kolam mataya. 

qalbi meneruskan hujahnya," fikri budak baik, fikri tak nak tengok family, mama dan ayah fikri kecewakan? bagaimana pula dengan DIA yang banyak menolong fikri tatkala susah dan senang tanpa meminta apa-apa pun balasan malah sering memberi walaupun sering kali menyakitinya, adakah fikri fikir tentang itu? 

fikri,"mengapa aku tidak berfikir tentangnya, bisa sahaja aku melupakan niat asalku hingga hadir rasa malas yang menguasai qalbi. Ya ALLAH ampunkan segala kekilafanku, aku ini hambamu yang lemah muda alpa, berikanlah petunjuk dan kekuatan padaku. amin

qalbi tersenyum. merasa puas setelah memberikan hujah-hujah yang bisa menyedarkan fikri. 

setelah itu, barulah saya sedar rupanya bisikan yang saya sedar itu adalah nafsu yang sering memujuk diri untuk membuat keburukan. Alhamdulillah syukrillah.ALLa masih menyayangi diri ini dengan mengingati diri ini akan niat yang sebenar, seperti dalam hadis Rasulullah s.a.w: innamal a'malu bin niaat ( setiap perbuatan itu bermu dengan niat) jika niat kita bersih dan baik semua penyakit hati insyaALLAH dapat di tepis. 

 Allah itu maha penyayang, andai kita lemah carilah Allah, andai kita jatuh dan tak mampu untuk berdiri lagi carilah Allah. Allah sentiasa ada di sisi kita hingga ke akhirnya. 

ALLAHU AKBAR!!!