Tuesday, 31 January 2012

A Famosa

Percutian yang paling menyeronokkan apabila mendapat pengalaman pertama yang penuh bermakna di kota sejarah, Melaka _ A Famosa.




Memang menjadi idaman untuk saya pergi menjelajah kota-kota sejarah yang penuh dengan misteri dan memori orang yang terdahulu. 

Mengapa A Famosa? 

Walaupun ia hanya bangunan tinggalan sejarah tetapi di sana terdapat seribu satu memori yang di tinggalkan oleh pihak penjajah pada satu ketika dahulu. Kalau dahulu saya hanya boleh melihat melalui buku, majalah, internet dan sebagainya tapi apabila dapat melihat dengan mata sendiri membuatkan saya merasa kagum dan takjub. 

Bukan kerana bangunan ataupun makam-makam penjajah yang berada di situ, tetapi pemandangannya yang cukup indah dan mempersonakan. Dengan tempat yang begitu strategik, berhadapan dengan laut memang sesuai sekali tempat tersebut di jadikan kota pertahan satu ketika dahulu. 

Memori yang terindah ketika berada di sana tatkala asyik memandang pemandangan yang begitu mempersonakan, di tambah pula dengan gemersik alunan seruling yang begitu menenangkan. Memang seronok seolah-olah bangunan tersebut mempunyai nyawa untuk menceritakan apa yang telah berlaku suatu ketika dahulu.  

Itulah dia keistimewaan kota sejarah, A FAmosa.

Sunday, 29 January 2012

SaHaBaT

                                                     
Sahabat
terkenang daku memori semalam,
disaat kita bersama berpimpin tangan menuju destinasi impian,
tatkala aku hampir-hampir terlena dengan keasyikan keduniaan,
engkau datang dengan sinar harapan,
membawa ku kembai ke pangkal haluan.
Sahabat,
masih ku ingat lagi akan wadah fikrahmu,

masa itu umpama usia dunia,
sentiasa maju ke hadapan tak boleh di putarkan,
sekali sudah berlalu mustahil akan kembali lagi.

Sahabat,
kini kita tidak lagi seperti dahulu,
usahkan mendengar tutur kata, bahkan tawamu,
kita jauh terpisah,
mengikut haluan yang berbeza,
mengejar cita dan impian
demi destinasi kehidupan di masa hadapan.

Sahabat,
walaupun kita tidak lagi bersama seperti dahulu,
cuma satu pintaku,
janganlah engkau melupakan aku,
hadirkanlah daku dalam setiap bisikan doamu,
kerana dirimu sentiasa mekar dalam hatiku,
hingga ke akhir hayat hidupu. 

Thursday, 26 January 2012

CiNtA vIoLet







                                         





Cinta... 
Semua orang pernah merasakannya... 
Adakala rasanya manis umpama madu, pahit umpama hempedu, 
masam umpama  cuka, masin umpama garam,
pendek kata macam-macam rasa ada,

Cinta.. 
Semua orang pandai melafazkannya, 
 walaupun hanya berbisik dalam hati cuma, 
kerana ianya naluri fitrah manusia biasa.
Sejak di lahirkan ke dunia.

Tapi kadang-kadang kita tidak mengerti
apa itu cinta hakiki?
apa itu cinta majazi?
jawapannya hanya pada diri,
tepuk dada tanya hati.

Cinta umpama pelangi, 
kadang muncul setelah hilangnya mendung di langit.
Indah di pandang, 
bagai warna warni yang menyinari kehidupan.

Kadang-kadang,
cinta umpama air di lautan, 
nampak tenang pada permukaan,
 menyejukkan mata yang memandang, 
 namun dasarnya bergelora,
tiada siapa yang dapat meneka, 
hanya menungguh masa untuk menjadi badai memusnahkan semuanya. 

Namun seandainya tiada ujian yang melanda, 
tiadalah dapat merasa kemanisan cinta, 
yang mempunyai pelbagi warna dan rasa, 
yang sukar di luah dengan kata, 
mahupun di kongsi bersama, 
melainkan diri sendiri yang mengalaminya, 
barulah dapat merasa, 
cinta violet yang penuh rahsia.