Percutian yang paling menyeronokkan apabila mendapat pengalaman pertama yang penuh bermakna di kota sejarah, Melaka _ A Famosa.
Memang menjadi idaman untuk saya pergi menjelajah kota-kota sejarah yang penuh dengan misteri dan memori orang yang terdahulu.
Mengapa A Famosa?
Walaupun ia hanya bangunan tinggalan sejarah tetapi di sana terdapat seribu satu memori yang di tinggalkan oleh pihak penjajah pada satu ketika dahulu. Kalau dahulu saya hanya boleh melihat melalui buku, majalah, internet dan sebagainya tapi apabila dapat melihat dengan mata sendiri membuatkan saya merasa kagum dan takjub.
Bukan kerana bangunan ataupun makam-makam penjajah yang berada di situ, tetapi pemandangannya yang cukup indah dan mempersonakan. Dengan tempat yang begitu strategik, berhadapan dengan laut memang sesuai sekali tempat tersebut di jadikan kota pertahan satu ketika dahulu.
Memori yang terindah ketika berada di sana tatkala asyik memandang pemandangan yang begitu mempersonakan, di tambah pula dengan gemersik alunan seruling yang begitu menenangkan. Memang seronok seolah-olah bangunan tersebut mempunyai nyawa untuk menceritakan apa yang telah berlaku suatu ketika dahulu.
Itulah dia keistimewaan kota sejarah, A FAmosa.